Alquran4life akses pengguna:


Polisi Asatizah - Kelas Mengaji Tajwid Alquran dan Iqra Online Malaysia Singapore

Polisi Asatizah

Pelajar adalah aset Akademi Alquran4life. Asatizah adalah Tutor yang di lantik Akademi Alquran4life untuk mengajar pelajar Akademi Alquran4life.
Tenaga pengajar akademi Alquran4life perlu sentiasa mematuhi garis panduan yang ditetapkan pihak akademi.
Tenaga pengajar akademi Alquran4life perlu menepati jadual waktu yang diberikan terutama dalam memula dan mengakhiri kelas
Pihak Akademi akan membuat bayaran gaji mengikut kadar yang dipersetujui bersama diantara tenaga pengajar dan pihak akademi Alquran4life
Bayaran gaji dibayar pada hujung bulan setiap bulan melalui online banking
Tenaga pengajar akademi Alquran4life perlu sentiasa menggunakan id yang diberikan pihak akademi untuk login ke dlm skype. Sebarang penggunaan id persendirian adalah tidak dibenarkan dan perlu mendapat kebenaran dari pihak akademi Alquran4life
Tenaga pengajar akademi Alquran4life tidak dibenarkan untuk membuat pesanan secara peribadi kepada pelajar-pelajar menerusi watsapp, sms, dan sebagainya. Segala urusan admin, yuran, jadual dan sebagainya berkaitan akademi perlu melalui pihak admin akademi Alquran4life (En. Shah Rahim 013-7440121)
Tenaga pengajar akademi Alquran4life tidak dibenarkan sama sekali
 
A) Menerima tawaran dari pelajar
 
B) Membuat tawaran kepada pelajar
 
C) Mengambil pelajar-pelajar
yang masih menuntut/berhenti di akademi alquran4life untuk tujuan mengajar di luar kelas akademi ketika tenaga pengajar masih didalam perkhidmatan bersama akademi Alquran4life.
 
(Sila rujuk En Shah Rahim untuk sebarang pertanyaan)
Notis berhenti kerja – Tenaga pengajar yang berhasrat untuk berhenti dari meneruskan perkhidmatan perlu memberikan notis 1 bulan (30 hari) dari tarikh hari terakhir kerja. Bagi mengelakkan pembelajaran pelajar tidak terganggu. Tenaga pengajar perlu menyediakan kepada pihak Akademi perkara seperti di bawah :

A) Ringkasan pembelajaran `setiap pelajar’ yang telah diajar tenaga pengajar (sila berhubung dengan En Shah Rahim untuk mendapatkan template pelajar)
 
B) Timesheet terkini untuk pembayaran gaji. Bayaran gaji akhir akan dibuat di akhir bulan.
 
C) Tenaga pengajar tidak dibenarkan berhubung dengan pelajar-pelajar akademi yang masih dalam pengajian selepas menamatkan perkhidmatan dari Akademi Alquran4life
Sebarang pelanggaran syarat dan peraturan yang ditetapkan, pihak Akademi berhak mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut budi bicara pihak akademi Alquran4life.
Pihak Akademi Alquran4life berhak meminda polisi diatas mengikut keadaan semasa.

(Tarikh Kemaskini : 16 July 2020)
Asatizah Alquran4life perlu hadir latihan mingguan tajwid bersama ketua tajwid alquran4life. Pada masa ini kelas latihan ustazah setiap isnin jam 12.00pm – 1.00 pm dan kelas latihan ustaz setiap hari sabtu jam 3.00pm – 4.00pm. Kehadiran Asatizah adalah wajib setiap minggu. Asatizah perlu memaklumkan pada pihak admin Alquran4life jika tidak hadir disebabkan perkara kecemasan. Jika Asatizah tidak hadir 2 kali berturut-turut perlu memaklumkan kepada Admin Alquran4life.
1. Adakah tutor boleh mengambil/mengajar pelajar Akademi Alquran4life selepas tutor berhenti/resign dari Alquran4life.
Jawapan : Tutor yang telah berhenti/resign dari Akademi Alquran4life tidak dibenarkan mengambil pelajar-pelajar akademi alquran4life yang masih belajar atau telah berhenti. Secara logiknya jika bekas tutor menawarkan untuk mengajar pelajar akademi . Sudah pasti pelajar akan berhenti dari Alquran4life dan meneruskan pengajian dengan bekas Tutor. Bekas tutor boleh mencari sendiri pelajar menerusi iklan di mudah.com.my, facebook, instagram atau sebagainya. Pihak Alquran4life tidak mempunyai halangan jika bekas tutor mencari pelajar sendiri. Ini kerana pihak Alquran4life membelanjakan ribuan ringgit untuk pengiklanan dan mempromosikan Alquran4life di internet.

2. Adakah tutor masih boleh sertai Alquran4life setelah berhenti.
Jawapan : Insha Allah pihak Alquran4life boleh mempertimbangkan semula permohonan calon tutor yang ingin kembali mengajar di Alquran4life.

3. Adakah tutor boleh mengambil no telefon pelajar atau watsapp pelajar secara terus.
Jawapan : Alquran4life menghormati privacy pelajar dan tutor. Alquran4life tidak membenarkan pertukaran no tel antara pelajar dan tutor. Sebarang komunikasi boleh di lakukan melalui skype pelajar dan tutor atau boleh minta admin untuk watsapp student


(Tarikh Kemaskini : 5 Feb 2022)