Alquran4life akses pengguna:


Polisi Pelajar - Kelas Mengaji Tajwid Alquran dan Iqra Online Malaysia Singapore

Polisi Pelajar

Segala bayaran yuran pengajian akan di bayar 1 hb setiap bulan. Walaubagaimanapun, pihak akademi alquran4life memberikan tempoh 7 hari (overdue). Delam tempoh tersebut pelajar masih boleh meneruskan kelas sehingga 7 hb setiap bulan.
Pelajar di benarkan untuk membatalkan kelas dan perlu memaklumkan kepada pihak admin (En Shah Rahim 0137440121)/Ustaz/Ustazah) iaitu 24 Jam sebelum waktu kelas bermula. Sebarang pembatalan kelas kurang daripada 24 jam adalah tidak dibenarkan dan bayaran penuh kelas dikenakan. Sekiranya pelajar telah membatalkan kelas, pelajar akan diberikan kelas ganti dan kelas ganti tersebut perlu di sempurnakan pada bulan tersebut dan tidak boleh di bawa ke bulan hadapan dan seterusnya.
Pelajar di benarkan untuk menukar slot kelas dan perlu memaklumkan kepada pihak admin (En Shah Rahim 0137440121)/Ustaz/Ustazah). Penukaran kelas ke slot baru adalah bergantung kepada slot kelas yang kosong.
Penggantian kelas perlu dilakukan di dalam bulan tersebut. Pelajar perlu memaklumkan kepada pihak admin (En Shah Rahim 0137440121)/Ustaz/Ustazah) untuk penggantian kelas dan pihak kami akan memberikan slot yang sesuai berdasarkan kekosongan jadual ustazah/ustaz. Pelajar tidak di benarkan menggantikan kelas di bawa ke bulan hadapan. Pihak Akademi berhak mengenakan yuran penuh kelas yang tidak di gantikan pada bulan tersebut. Kelas yang tidak di ganti pada bulan tersebut dikira terbatal dan tidak boleh di tuntut dengan wang ringgit (Pemulangan)
Pelajar di benarkan untuk menarik diri dari program akademi Alquran4life dan perlu memaklumkan kepada pihak admin (En Shah Rahim 0137440121)/Ustaz/Ustazah) iaitu 24 Jam sebelum waktu kelas bermula. Sebarang penarikan diri kurang daripada 24 jam adalah tidak dibenarkan dan bayaran penuh kelas dikenakan.
Penangguhan kelas melebihi 3 Hari kelas adalah tidak dibenarkan, pihak akademi berhak mengenakan yuran penuh untuk kelas yang di tangguhkan.
Penangguhan kelas di sebabkan perkara diatas perlu dimakluman kepada pihak admin Alquran dalam kadar segera. (Untuk wanita yang di datangi bulan boleh mengikuti garis panduan yang ditetapkan oleh mufti dalam mengikut kelas alquran online – https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2057-18 )
Jika pelajar tidak dapat meneruskan pengajian di Akademi di sebabkan faktor yang di terima oleh pihak Akademi. Pihak Akademi akan memberikan pemulangan yuran kelas seperti berikut :

A) Pembayaran pemulangan yuran adalah menerusi online banking. Pelajar perlu memberikan no akaun bank kepada pihak akademi.

Pihak Akademi Alquran4life berhak meminda polisi diatas mengikut keadaan semasa.

(Tarikh Kemaskini : 2 July 2020)