Alquran4life akses pengguna:


Kelas Bimbingan Persendirian - Kelas Mengaji Tajwid Alquran dan Iqra Online Malaysia Singapore

Kelas Bimbingan Persendirian

Program Di Tawarkan

Kelas Bimbingan Peribadi

Membaca Al Qur’aan dengan aplikasi hukum tajweed yang betul ialah Fardh ‘Ain -dipertanggungjawabkan ke atas setiap muslim. Maka ia adalah penting untuk mencari guru yang berkemampuan untuk membimbing dan membetulkan bacaan kita.

Adakah anda antara mereka yang mempunyai jadual kerja yang padat, syif yang tidak menentu dan komitmen lain yang menghalang anda daripada menghadiri kelas Al Qur’an biasa?

Adakah anda mencari kelas bacaan Al Qur’an secara individual tetapi tidak dapat mengikuti jadual mingguan yang tetap?

Kelas bimbingan peribadi secara individual kami menawarkan jadual bolehubah & fleksibel yang memenuhi keperluan mereka yang berkerjaya, pekerja syif, mereka yang amat sibuk.

Melingkupi pelbagai tahap daripada tahap permulaan dan pertengahan serta lebih tinggi, guru-guru berkelayakan kami akan melengkapi anda dengan pengetahuan yang perlu dan melatih tubi dalam perjalanan Quran anda – daripada tidak tahu apa-apa huruf langsung sehingga khatam Al Quran dengan mahir

Apa yang kami tawarkan untuk kelas secara individu?

1.Jadual fleksibel yang memenuhi keperluan semua kerjaya.

2.Yuran yang berpatutan.

3.Pelajar wanita akan dibimbing oleh ustazah dan pelajar lelaki akan dibimbing oleh ustaz.

4.Kelas dijalankan di mana-mana sahaja asalkan pelajar mempunyai akses internet dan peranti peribadi (Telefon bimbit, PC, Tablet, dll.)