Program Di Tawarkan
Kelas Berkumpulan
Amat penting bagi setiap muslim untuk mampu membaca AlQuran dengan sebutan yang betul. Dalam kursus ini, anda akan mempelajari hukum-hukum tajweed dan sebutan yang betul bagi huruf-huruf Arab. Kami akan mengajar anda bagaimana untuk mengaplikasi hukum-hukum ini ketika membaca AlQuran bagi mencapai bacaan yang cantik.
Tambahan pula, anda akan diajar hukum-hukum bacaan sebenar termasuklah Sifaat (Hak-hak huruf dan pembentukan mulut yang betul) dan Mukh’arij Al’huruf (Bacaan sebenar dan pertuturan setiap huruf). Menguasai Tajweed menjadi mudah melalui aplikasi praktikal pelbagai contoh daripada AlQuran. Serta kajian mengenai subjek ini dari kedua-dua teks moden yang mudah dan buku-buku klasik lama.
1. Pelajari bacaan AlQuran dengan tajweed yang betul
2. Buku teks hukum-hukum dalam AlQuran
3. Metodologi pembelajaran berkumpulan secara atas talian
4. Kelas dijalankan menggunakan Skype bagi satu jam seminggu selama 4 bulan
5. Maksimum 7 orang pelajar dalam satu kumpulan, dan minimum 4 orang pelajar
6. Kumpulan wanita dan kumpulan lelaki, berumur 18 ke atas.