Alquran4life akses pengguna:


Mengenai Kami - Kelas Mengaji Tajwid Alquran dan Iqra Online Malaysia Singapore

Mengenai Kami

Mengenai Kami

Akademi Alquran4life menyediakan kelas bimbingan Al-Quran secara online untuk golongan kanak-kanak & orang dewasa. Kami menawarkan kaedah pembelajaran Al-Quran berkualiti tinggi melalui kelas dalam talian dibimbing oleh guru yang berkelayakan.

Akademi Alquran4life memulakan pengajaran al-Quran & Islam melalui persekitaran dalam talian yang interaktif. Kami berusaha untuk memberikan pelajar kami dari seluruh dunia peluang untuk membaca, menghafal, dan memahami Al-Quran melalui kaedah yang berkesan dan mengikut kesesuaian masa pelajar.

Apa yang menjadikan kelas Al-Quran kami sangat unik adalah ianya amat sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina. Alquran4life menyediakan silibus setiap kursus berdasarkan usia, pengetahuan, dan kebolehan pelajar.

Kami berbesar hati untuk menyampaikan Al-Quran kepada semua manusia di muka bumi ini, ianya amat sesuai untuk aktiviti seharian dan juga Alquran amat penting untuk berjaya dalam kehidupan didunia dan diakhirat.

Misi Kami

Untuk menjadi Akademi yang mengajarkan bacaan Al Qur’aan yang betul dengan piawaian tertinggi buat Muslim daripada semua latar belakang dan untuk membawa muslim kembali ke Kitab Allah dalam pembacaan, penghafalan dan latihan.